40 contoh soalan temu duga latihan separa perubatan

10 latihan sepera perubatan bertaraf diploma.

Terdapat 10 latihan sepera perubatan yang ditawarkan di peringkat diploma. Pengambilan latihan ini dilakukan dua kali setahun iaitu pada bulan Januari dan Julai. Calon yang berjaya melepasi Ujian Psikometrik akan dipanggil temu duga sebelum menerima tawaran latihan sepera perubatan bertaraf diploma.

  1. Latihan Jururawat
  2. Latihan Penolong Pegawai Perubatan
  3. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  4. Latihan Juru X-Ray (Diagnostik/Terapi)
  5. Latihan Jurupulih Perubatan Fisioterapi
  6. Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja
  7. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
  8. Latihan Penolong Pegawai Farmasi
  9. Latihan Juruteknologi Pergigian
  10. Latihan Juruterapi Pergigian

Berikut ialah contoh soalan temu duga latihan separa perubatan yang perlu calon ketahui sebagai persediaan untuk menghadapi temu duga nanti.

Semoga perkongsian ini mempermudahkan urusan temu duga para calon latihan separa perubatan bertaraf diploma.

jururawat

1. Sila perkenalkan diri anda.

2. Apa bidang ko-kurikulum yang anda sertai semasa di sekolah dahulu?

3. Mengapa anda berminat nak menceburi latihan separa perubatan?
Minat, kelayakan dan kemahiran yang ade pada diri

4. Apakah ciri-ciri yang diperlukan untuk menjawat latihan separa perubatan?

Saya rasakan diri saya sesuai untuk menerima jawatan ini kerana:

  • Saya mempunyai kebijaksanaan dan kemahiran menilai yang tinggi untuk mengenali serta mencari penyelesaian yang sesuai kepada sesuatu masalah yang sukar.
  • Saya juga seorang yang mempunyai tahap keyakinan dan jati diri yang jitu, serta berkebolehan untuk berkomunikasi dan mampu menerima sebarang maklumat dan tugasan dengan baik.
  • Saya mampu bekerja secara berpasukan dan boleh menyokong ahli-ahli pasukan yang untuk mencapai sesuatu visi dan misi yang seterusnya mampu meningkatkan produktiviti organisasi/jabatan saya.
  • Saya juga bijak menguruskan masa dan seorang yang menjalankan tugas secara teratur. Di mana setiap kali melakukan tugasan besar, saya akan merancang beserta perancangan masa yang baik. Saya berpegang pada kata hikmat ”GAGAL MERANCANG ADALAH MERANCANG UNTUK GAGAL”.
  • Akhir sekali saya seorang pekerja yang berdedikasi dan mempunyai keinginan yang membara untuk mencapai visi saya dan jabatan/kementerian ini. Jesteru itu, saya pasti merupakan calon terbaik untuk mengisi jawatan yang ditawarkan ini.

5. Bagaimana anda hendak menyesuaikan diri apabila berhada pandangan pesakit yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia?

6. Sebutkan bidang-bidang latihan separa perubatan yang kamu tahu.

7. Adakah anda layak menceburi bidang latihan separa perubatan?

8. Berikan perbezaan di antara klinik dan hospital.

9. Terangkan apa yang anda faham mengenai Klinik 1 Malaysia?

10. Berikan punca kepada demam malaria serta langkah-langkah untuk mencegahnya.

11. Berikan nama bagi Menteri Kesihatan Malaysia yang terkini.

12. Berikan nama bagi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.

13. Senaraikan 3 jenis penyakit yang berpunca dari air tercemar.

14. Senaraikan sekurang-kurangnya 5 kempen kesihatan yang anda tahu.

15. Nyatakan contoh penyakit yang disebabkan oleh kandungan gula berlebihan.

16. Nyatakan 5 contoh jabatan yang terdapat di hospital kerajaan.

17. Bolehkah anda bekerja dalam syif siang dan malam secara berganti-ganti?

18. Ceritakan tentang piramid makanan yang anda tahu.

19. Terangkan misi dan visi Kementerian Kesihatan Malaysia.

20. Terangkan mengenai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan fungsinya.

21. Kerajaan telah memperkenalkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), sila berikan ulasan mengenai perkara ini.

22. Terangkan mengapa kami harus pilih anda dan bukan calon-calon yang lain?

23. Ceritakan kelemahan diri anda yang perlu kami ketahui?

24. Apakah strategi anda untuk memperbaiki kelemahan tersebut?

25. Mengapa anda memilih kerjaya dalam sektor awam dan bukan sektor swasta?

26. Adakah sistem pendidikan di Malaysia berada pada hala tuju yang benar?

27. Apakah cadangan anda untuk menambahbaik sistem pendidikan yang ada sekarang?

28. Sekiranya anda seorang pereka grafik, apakah langkah-langkah yang diambil sebelum membuat sebuah rekaan iklan?

29. Nyatakan contoh pencapaian anda dalam kategori teknologi maklumat semasa belajar atau bekerja semasa dahulu.

30. Sebagai seorang ketua di sebuah jabatan kerajaan, apakah tindakan anda bagi memastikan semua staf di bawah seliaan anda berdisiplin di tempat kerja?

31. Jika anda keluar dari sektor swasta dan masuk berkhidmat ke sektor awam, bagaimanakah strategi anda untuk meyakinkan kami yang anda tidak akan berkhidmat semula dalam sektor swasta?

32. Sebagai penjawat awam, anda menghadapi kemungkinan untuk berpindah lokasi pekerjaan ke tempat atau negeri lain. Adakah anda akan memberi komitmen yang baik?

33. Apakah perancangan anda sekiranya diberikan tugas untuk menjayakan satu program di tempat kerja anda?

34. Apakah perbezaan jururawat dengan jururawat pergigian?

35. Terangkan risiko kerja yang ditanggung oleh Juru X-Ray.

36. Apakah bidang latihan yang menjadi pilihan anda?

37. Mengapa anda memilihi bidang latihan tersebut?

38. Berapa lamakah anda akan menjalani latihan bidang tersebut?

39. Berikan sekurang-kurangnya 5 nama kolej latihan separa perubatan yang kamu tahu.

40. Ada apa-apa soalan yang anda hendak tanya?

Bagi melakukan persiapan yang rapi menghadiri temu duga Latihan Separa Perubatan, kami sarankan anda mendapatkan Panduan Temuduga Latihan Separa Perubatan. Simulasi temu duga Latihan Separa Perubatan membantu meningkatkan keyakinan diri calon semasa menghadiri sesi temu duga.

Bagi mendapatkan tip menghadiri temuduga yang lain, kami menjemput anda mengikuti saluran Tip Temuduga Kerjaya. Lihat di bahagian pin untuk mendapatkan tip menghadiri temuduga.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top