Sukatan Peperiksaan Online Memasuki Skim Perkhidmatan Jawatan Gred 29

SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan bidang jawatan, pentadbiran kerajaan, ekonomi, sejarah, pengurusan teknologi maklumat & komunikasi, keselamatan dan lain-lain perkembangan semasa di dalam dan luar negara.

Masa : 25 minit
Soalan : 30 (aneka pilihan)

Contoh Soalan

1.Jata Negara Malaysia merupakan lambang rasmi kerajaan Malaysia. Apakah maksud lambang dua ekor harimau terdapat dalam Jata Negara?

A.Disiplin
B.Kesucian
C.Perpaduan
D.Keberanian

2.Mengapakah teks dalam gubahan rekaan grafik poster perlu ringkas? A. Memberi ruang yang lebih kepada ilustrasi
B.Mengimbangi ruang dalam gubahan
C.Memudahkan proses reka letak
D.Memudahkan dibaca dan difahami

3.Pegawai X bertanggungjawab untuk menyelaras perjalanan pentadbiran Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri dan menasihati Perdana Menteri tentang hal pentadbiran. Pegawai X merupakan Pegawai Perkhidmatan Awam tertinggi di Malaysia dan juga berkhidmat sebagai Setiausaha Kabinet. Pegawai X adalah

A.Ketua Peguam Negara
B.Ketua Setiausaha Kementerian
C.Ketua Polis Negara
D.Ketua Setiausaha Negara

SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:

(i) Kemahiran Logik
(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
(iii) Konsep Matematik dan Akaun

(i) Kemahiran Logik

Calon diuji dari aspek pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat.

(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Calon diuji dengan menggunakan pelbagai perangkaan dan data-data untuk dianalisis.

(iii) Konsep Matematik dan Akaun

Calon diuji dengan konsep Matematik dan Akaun, kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas matematik, pemahaman konsep dan kebolehan berfikir secara kuantitatif.

Masa : 25 minit
Soalan : 10 (aneka pilihan)

Contoh Soalan

1.Sebuah mesin dapat mencetak 20 keping kad ucapan dalam masa 15 saat. Berapa kepingkah kad ucapan yang dapat dicetak oleh mesin itu dari 10.15 pagi hingga 11.10 pagi pada hari yang sama?

A.3,400
B.3,600
C.4,000
D.4,400

2.Sam membeli 3 biji durian dan 4 biji nanas dengan harga RM 55.20. Ali membeli 5 biji durian dan 8 biji nanas dengan harga RM 97.60. Hitung jumlah harga sebiji nanas dan sebiji durian.

A.RM 13.00
B.RM 15.35
C.RM 17.00
D.RM 18.35

3.AB merupakan satu garis lurus. Koordinat titik A ialah (5, -2). Titik B pula (6, -4). Cari kecerunan garisan AB tersebut.

A. 2
B. 3
C. -2
D. -3

SEKSYEN C – KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS

Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur tahap calon dalam penguasaan Bahasa Inggeris yang meliputi tatabahasa, kosa kata, pemahaman artikel dan lain-lain.

Masa : 20 minit
Soalan : 20 (aneka pilihan)

Contoh Soalan

1._______________ gang of prisoners was brought to justice after they had robbed several banks in ____________ areas.

A.Those, these
B.These, that
C.That, this
D.This, those

2.My father said that when he _____________ up, his family didn’t have much. When my grandfather took him to the mall, he _______________ outside the toy store looking through the window.

A.grew, stood
B.grows, stands
C.is growing, will stand
D.was growing, would stand

3.I had a headache when I found out I was caught up in the system glitch that didn’t allow me to leave the house. __________________ I got to stay in and rest while watching my favourite series on Netflix.

A.Actually
B.At least
C.Moreover
D.Otherwise

UJIAN PSIKOMETRIK

KAEDAH PENILAIAN

SPA menggunapakai kaedah penilaian yang holistik bagi tujuan menilai aspek sikap, pengetahuan, kompetensi, kemahiran serta personaliti calon-calon untuk menentukan kesesuaian individu bagi tujuan lantikan sesuatu jawatan. Di antara kaedah ujian yang digunakan adalah ujian psikometrik, ujian pengetahuan dan kemahiran kerja, ujian kompetensi serta temu duga.

KRITERIA PENILAIAN

Bagi konsep ujian psikometrik (penilaian personaliti/kompetensi), ia direkabentuk untuk mengukur trait-trait individu berasaskan keserasian individu terhadap pekerjaan (job-fit), organisasi (organization-fit) serta sifat kerja berpasukan (team-fit).

Data-data penilaian diperolehi melalui kaedah laporan kendiri (self-report) iaitu individu perlu menjawab jujur dan memberikan jawapan yang paling tepat mengenai dirinya. Kaedah ini sama dengan proses temu duga berasaskan kompetensi, cuma yang membezakannya ialah penemuduga akan menyoal secara verbal kepada calon dengan menggunakan soalan-soalan yang piawai yang telah disediakan, manakala ujian psikometrik meminta calon sendiri menjawab secara laporan kendiri (self-report) dengan memberikan respon kepada soalan-soalan atau kenyataan yang telah disediakan secara paparan komputer.

Melalui respon atau jawapan yang telah diberikan oleh calon, sistem komputer akan memproses dan menganalisis data-data jawapan untuk dipadankan dengan kesesuaian seseorang calon dengan ciri-ciri dan kompetensi yang piawai pada sesuatu jenis jawatan.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik

Nota : Sukatan Peperiksaan Online Memasuki Skim Perkhidmatan Awam ini adalah tertakluk kepada perubahan dan keperluan semasa kementerian/jabatan terlibat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top